Tugasan kemas dan teratur selepas Bengkel Microsoft

SHAH ALAM, 19 Sep – Seramai 90 orang mahasiswa telah menghadiri Bengkel Pemantapan Microsoft oleh Persatuan Belia Islam Nasional  (PEMBINA) dengan kerjasama Persatuan Bahasa Arab dan Komunikasi (PEBAKOM) UiTM Shah Alam.

Menurut Nur Hashimah binti Samsudin, program tersebut diadakan untuk manfaat mahasiswa dalam mengendali persisian Microsoft Office.

“Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk melahirkan mahasiswa celik IT dan mahir menggunakan perisian Microsoft Office,” ujar beliau yang merupakan jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia PEMBINA cawangan Shah Alam.

Afifah, seorang peserta dari program tersebut menyatakan bahawa informasi yang diterima dari program tersebut bermanfat dan program tersebut perlu diadakan lagi pada masa akan datang.

“Kini saya boleh menyiapkan tugasan universiti yang diberikan dengan lebih kemas dan teratur dan berharap program ini diteruskan untuk semester akan datang,” tambah beliau.

, , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *