Ucapan Aidilfitri dari Pengerusi PEMBINA Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kita telah mengecap kemenangan pada Syawal ini. Semoga kita mendapat ganjaran paling istimewa iaitu pembebasan daripada api neraka.

Harapan kami semoga semua belia selamat pulang ke kampung. Jadilah role model kepada ahli keluarga yang lain dan sebarkanlah kebaikan. Ucapkanlah “Taqabballalahu Minna Wa Minkum” yang bermaksud semoga Allah terima amalan (puasa) kami dan (puasa) kamu, eratkanlah silaturrahim sesama kita serta jauhkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t

PEMBINA Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua pelajar di semua IPT di Shah Alam.

Kullu ‘aam wa antum ilaAllah aqrabun.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *