Wanita Bijak Cinta Diri Sendiri

SHAH ALAM, 20 April, Sabtu – “Katakan pada diri perkara yang positif, lihat cermin dan katakan, saya sayang diri saya. Terapkan cinta diri dalam diri kita sendiri,” kata Dr. Nadiah Norudin.

Beliau berkata demikian sewaktu program Gadis High Class anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Shah Alam di SMI Manarat Darus Salim.

Menurut Dr. Nadiah Norudin, dalam menerapkan cinta diri dalam diri kita, penting untuk seorang wanita itu menjaga maruah diri dan menerapkan sifat malu dalam diri.

“Menjaga maruah dan menerapkan sifat malu itu dalam diri itu penting agar maruah kita tidak mudah tergadai,” tambah beliau.

”Di samping itu, kita perlu golongkan diri dengan kawan-kawan yang sentiasa mengajak kepada kebaikan,” ujar Dr. Nadiah.

Beliau berkata perkata ini penting agar perasaan ingin melakukan kebaikan terhadap diri sendiri sentiasa ada dalam hati.

Oleh Nur Zahirah Zamree

, ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *